Ahad, 1 November 2009


Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,Harum wanginya dengan ilmu agama,Cantiknya kerana iman dan taqwa,Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,Bukan perhatian mata ajnabi,Yang menjadi punca fitnah hati,Ya Allah,Timbulkanlah duri yang memagari diri,Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,Yang akan menghilangkan keharuman sejati,Yang akan memudarkan kecantikan diri,Disebalik kekurangan yang tercipta,Bukanlah alasan untuk bermuram durja,Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,Tetap menyinar walau di lumpur hina,Tetap berharga walau dimana saja,Buat ummah dan juga keluarga,Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,Yang menjadi impian setiap muslimah,Yang indahnya bukan untuk lelaki,Tapi permata buat yang bernama suami...

wahai diri....

Wahai diriku yang dianugerahi rasa cinta...biarku khabarkan...kerana cinta itu anugerah Illahi.Satu rasa yang sukar diterjemahkan.Senada pada warna hati.Andai putih hati nescaya putihlah cinta...hati berkata-kata tentang cinta...di mana juga insan bercerita tentang cinta.Walau dilorong-lorong sunyi sepi.Di mana kedudukan sebenar cinta?Aku sendiri keliru...Meski panduannya ada pada cermin hati.Biarku singkap erti cinta..Cintailah Allah sepenuh hati...nescaya akan engkau temui cinta sebenar yang dikau cari-cari selama ini.Di sana ada ketenangan,kedamaian,keharmonian, kegembiraan dan pastinya tiada lagi sesalan,derita dan air mata kecewa...Cintailah Allah sebelum engkau mencintai insan.Hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada makhluk pasti akan bertambah retak dan terburai.Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Illahi pasti ia kan bertaut kembali...Yakinlah bahawa Allah pasti akan anugerahkan dirimu seorang insan yang benar-benar ikhlas menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa cinta ditempat yang hak.Dalam memburu cinta,manusia sering keliru.Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapat dibahagi-bahagikan...Kalau dirimu memilih untuk mencintai insan,mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada Allah.Kalau dirimu memilih untuk mencintai Allah,pasti taburan wangian cinta itu akan dapat dihidu oleh sesiapa sahaja...wangian yang mendamaikan hati yang keresahan dan kegersangan...wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang sukar diungkapkan dengan kata-kata...Andai mampu ku sulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah...betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang mendambakan cinta-MU.Tetapi hati ini meminta..." Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung..."Kurniakanlah aku seorang insan bertaqwa yang akan memimpin tanganku menuju kepada keredhoan-MU.Kusedari,tidak mampu diriku berjalan sendirian mencari cinta-MU tanpa dirinya yang akan mengajarkan aku tentang makna cinta sejati...

JIKA AKU JATUH CINTA...YA ALLAH...Jika aku jatuh cinta,Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-MU,agar bertambah kekuatan untukku terus mencintai-MU.YA MUHAIMIN...Jika aku jatuh cinta,Jagalah cintaku agar tidak melebihi cintaku pada-MU.YA ALLAH...Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorangyang hatinya hanya bertaut pada-MU,agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta yang batil.YA ROBBANA...Jika aku jatuh hati,Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-MU YA ROBBUL IZZATI,Jika aku rindu,Rindukanlah aku pada seseorang yang merindukan syahid di jalan-MU.YA ALLAH...Jika aku rindu,Jagalah rinduku padanya agar aku tidak lalaiuntuk merindui syurga-MU,YA ALLAH...Jika aku menikmati cinta kekasihMU,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatanindahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMU,YA ALLAH...ENGKAULAH yang mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpundalam cinta padaMU,telah bersatu dalam dakwah padaMU, telah berpadu dalam membela syariatMU,kukuhkanlah YA ALLAH akan ikatannya, kekalkanlah cintanya,tunjukilah jalan-jalannya,penuhilah hati-hati ini dengan Nur-MU yang tidak pernah pudar,lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMUdan keindahan bertawakal di jalanMU YA ALLAH.AMIN YA ALLAH AMIN YA ROBBAL A’LAMINWAHAI MUSLIMAH...Muslimah solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama ADAM. Namun,ia memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu,lebih-lebih lagi dengan status yang engkau miliki. Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada...Namun ingatlah wahai muslimah,sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu,yang penting engkau mesti punya azam,usaha dan istiqomah...Ramai orang berpandangan,Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,Tanpa percintaan,mustahil keserasian dikesan..Mereka sebenarnya terlepas pandang.. Dalam islam ada ta'aruf dalam tempoh risik dan bertunang,Yang melibatkan mahram,bukan berdua-duaan..Ta'aruf itulah mendedahkan keserasian,Cuma ta'rif ta'aruf dan serasi dalam fikiran manusia berlainan..Islam mengajar manusia ta'aruf yang ada sempadan,Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,Bukan ta'aruf dari bercinta sakan..Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,Bukan serasi dengan kehendak pasangan..Cinta Ar-Rahman menjana kebahagian,Lantaran itulah,batasan-Nya tidak boleh dipermainkan..